Laman Utama
Perkhidmatan

 

KADAR BARU SEWA PENGGUNAAN KEMUDAHAN
DI MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM

AUDITORIUM DAENG CHELAK
Sewa           : RM 1,000.00
Deposit        : RM 200.00

Pakej           : Sistem PA, Lampu & Penghawa Dingin
                     2 wire mic + 1 hand held mic

Tambahan    : RM 100.00 bagi penggunaan LCD projector & wide screen.
                    RM 10.00 bagi penambahan 1 mic
 
Kapasiti        : 280 orang

Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang
                                 5% bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang

DEWAN RAJA LUMU
Sewa            : RM 600.00
Deposit         : RM 200.00

Pakej            : Lampu & Penghawa Dingin
                      200 buah kerusi & 20 buah meja
     
Tambahan     : RM 200.00 bagi set Sistem PA ( 2 wire mic + 1 hand held mic )
                      RM 10.00 bagi 1 meja bulat
                      RM 1.00 bagi 1 kerusi banquet

Kapasiti         : 300 orang
  
Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang
                                 5% bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang

PAKEJ : AUDITORIUM & DEWAN
Sewa            : RM 1,500.00
Deposit         : RM 200.00

Pakej            : “ Seperti di atas “

PAKEJ PERKAHWINAN : Majlis Resepsi
Sewa             : RM 1,000.00
Deposit          : RM 200.00

Pakej             : Sistem PA, 2 wire mic + 1 hand held mic
                       300 buah kerusi & 30 buah meja
                       Lampu & Penghawa Dingin
           
Kapasiti          : 250 - 300 orang

Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang
                                 5% bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi:

Unit Urusenggara
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor(PADAT),
d/a Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 SHAH ALAM.

No. Telefon  : 03- 55190050/55197604/55103190 & 55103220
No. Faks       : 03- 55101799
Encik Khalid Ashwali bin Jamaluddin
Encik Mohd. Sani bin Haji Suradi


SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

PERMOHONAN & PEMBAYARAN :

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Menggunakan Kemudahan, MSAS (16) pind.02/07 tidak lewat 14 hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Ketua Pegawai Eksekutif, PADAT. Bayaran tempahan/cagaran secara tunai hendaklah dijelaskan berserta serahan borang tempahan.

2. Jabatan-jabatan Kerajaan yang menggunakan Pesanan Tempatan (L.O) hendaklah menyerahkan L.O apabila membut pengesahan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh penggunaan. Bayaran penuh sewa dewan/auditorium hendaklah dijelaskan 7 hari sebelum digunakan atau semasa tempahan.

3. Bayaran sewa auditorium/dewan hendaklah dibuat dengan cek berpalang atas nama ‘ LEMBAGA MUZIUM SELANGOR.’ No. Akaun 1217-0009371-05-9, Commerce International Merchant Bank (CIMB) cawangan MRCB Shah Alam.

4. Pihak pengguna perlu mengemukakan surat atau mengisi Borang Tuntutan Wang Cagaran serta resit asal kepada Lembaga Muzium Selangor dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penggunaan. Selepas tarikh tersebut, wang cagaran tidak akan dikembalikan. Sekiranya pihak pengguna membatalkan tempahan dari tempoh berikut :-
    o 1 bulan sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran akan dikembalikan 100 %.
    o 3 minggu sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran tidak akan dikembalikan.

5. Wang cagaran hanya akan dikembalikan jika keadaan auditorium / dewan dalam keadaan memuaskan.

6. Kadar bayaran adalah untuk kendalian sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Selepas  waktu tersebut sebanyak 5% dikenakan bagi setiap jam berikutnya bermula jam 6.00 petang.


PENGGUNAAN :

1. Pihak PADAT tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi meja dan alas meja. Pengguna hendaklah menyusun kerusi meja sendiri mengikut keperluan.

2. Persiapan terakhir hendaklah dibuat oleh pihak pengguna sehari sebelum tarikh penggunaan tertakluk pada kekosongan. Pihak Muzium hendaklah diberitahu jika ada bantuan yang diperlukan. Sebarang perkhidmatan tambahan yang diperlukan, pihak pengurusan boleh mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang diberikan pada kadar yang ditetapkan. Permintaan terhadap tambahan di saat-saat terakhir tidak akan dilayan.

3. Sebarang tambahan kemudahan dan alat-alat yang diperlukan oleh pihak pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan muzium dan diuruskan sendiri oleh pihak pengguna. Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan Lembaga.

4. Pihak pengguna bertanggungjawab diatas keselamatan kawalan, kebersihan, tatatertib pengguna dan segala peraturan serta arahan dipatuhi dengan sepenuhnya. Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan/kematian atau kehilangan harta benda pihak pengguna. Segala tuntutan tidak akan dilayan.

5. Segala kerosakan dan kehilangan harta benda muzium akibat kecuaian pengguna akan dituntut oleh Lembaga Muzium Selangor dan hendaklah ditanggung oleh pihak pengguna itu sendiri.

6. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna untuk memastikan sampah sarap atau sisa makanan dibawa keluar terus daripada kawasan bangunan Muzium Sultan Alam Shah.

7. Pengguna dimestikan berpakaian kemas dan menunjukkan tingkah laku sopan semasa berada di dalam dewan/auditorium.

8. Dilarang membawa makanan/minuman di dalam auditorium. Dilarang merokok didalam auditorium/dewan. Dilarang berniaga di dalam ataupun di luar kawasan auditorium/dewan. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah tidak melanggar undang-undang negara.

9. Pengguna tidak dibenarkan memasuki kawasan lain selain yang telah ditetapkan ( kecuali galeri pameran ).

10. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan berhak membuat apa-apa pindaan dan boleh membatalkan sebarang tempahan bila-bila masa tanpa merujuk pihak pengguna. Pihak pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.

11. Pihak pengguna perlu memaklumkan kepada pihak keselamatan Muzium untuk membuat pemeriksaan keselamatan dan kebersihan bersama sebelum meninggalkan auditorium/dewan.

12. Segala keputusan Lembaga di atas segala masalah yang mungkin timbul/berbangkit dengan pengguna adalah muktamad.

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi:

Unit Urusenggara
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor(PADAT),
d/a Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 SHAH ALAM.

No. Telefon  : 03- 55190050/55197604/55103190 & 55103220
No. Faks       : 03- 55101799
Encik Khalid Ashwali bin Jamaluddin
Encik Mohd. Sani bin Haji Suradi

Kilk sini untuk Iklan penuh (pdf).
Klik sini untuk Borang Tuntutan Wang Deposit (pdf). 

 
©2010 PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Penafian: PADAT adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kesilapan kandungan di dalam laman web ini.