
Tarikh Kemaskini:
24 Jun 2010 04:00 ptg
Fungsi | Fungsi & Tanggungjawab |
|
Lembaga Muzium Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen No.6 Tahun 1975, di mana Lembaga bertugas dan dipertanggungjawabkan untuk menjalaknkan tugas-tugas sebagaimana berikut: · Menubuhkan suatu muzium yang mengandungi balai seni lukis, yang bernama Muzium Selangor yang akan dibiayai dan dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. · Mengawal, mengurus dan mentadbir Muzium. · Mendapatkan samada dengan membeli, hadiah, derma, pinjaman atau pelbagai bahan yang berupa sejarah, kebudayaan, tumbuh-tumbuhan dan mergastua Malaysia dan mepertunjukkan hasil-hasil pameran tersebut untuk faedah dan pengetahuan umum. · Mengadakan pinjaman dan tukar-menukar barang-barang pameran dengan lain-lain muzium dari Malaysia dan seberang laut. · Membantu dan menggalakkan usaha-usaha penyelidikan mengenai sejarah, kebudayaan, kesenian, tumbuh- tumbuhan dan mergastua di Negeri Selangor. · Menjadi penyimpan surat-surat dan bahan-bahan yang bernilai sejarah atau kebudayaan dan, · Menarik minat Negara-negara luar Malaysia dengan mengadakan satu bahagian yang khas di dalam muzium untuk mempamerkan bahan-bahan yang menarik daripada tempat-tempat lain di dunia ini.
|